Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



Seorang wira perang yang bertukar kerjaya dari unit pemusnah bom tentera menjadi penyeludup heroin dipenjarakan, semalam.Bekas Lans Korperal, Naomi Thriepland, 25, pernah mendapat pujian kerana tugas memusnahkan bahan letupan (IED) di Afghanistan.


Bagaimanapun, selepas berhenti kerja dia menyertai kegiatan penyeludupan dadah untuk memperoleh taraf kehidupan lebih baik buat dirinya dan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun, lapor mahkamah Agung Canterbury. Naomi ditahan di Coquelles, Perancis dalam kereta yang diparkir serta mengandungi heroin yang bernilai lebih 170,000 pound (RM826,976).


Anak perempuannya turut ada bersamanya ketika itu dan Naomi berkata kepada pihak berkuasa ketika itu mereka sedang mengunjungi Disneyland, Paris.Naomi yang kini hamil dan berasal dari Dalton-in-Furness, Cumbria, mengakui menyeludup dadah dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.-mymetro


PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment