Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Seorang lelaki Jepun yang tinggal di New York telah memperkenalkan satu hiasan baru yang dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Hiasan ini dibuat dengan sangat kejam iaitu memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi untuk mengeluarkan najisnya.


Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan berupa dadah ini selepas anak kucing itu mati.


Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa.

Barangan hiasan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.


Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dipasarkan bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!


PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

3 comments:

  1. sangat kejam...ini satu perbuatan yang x boleh diterima...bayangkan jika anda yg dimasukkan ke dalam balang seperti yg d tunjukkan pada gambar tersebut..
    memang dunia akhir zaman ini macam2 yg boleh berlaku tanpa diduga oleh segenap lapisan masyarakat..tapi e2 kenyataannya,
    insaflah wahai manusia...

    ReplyDelete
  2. nak tembak dye ni pakai RPG boleh ?

    tonton movie percuma :
    www.allinoneathere.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...berikanlah dan tunjukkanlah keadilan ketas haiwan yg dizalimi...

    ReplyDelete