Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Memang semua orang boleh berkahwin. Tapi sejauh manakah kita bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seseorang yang telah berkahwin?

Ramai pasangan muda hari ini mengambil pendekatan lebih baik berkahwin awal daripada melakukan maksiat. Ia, memang pandangan ini tidak salah tapi jangan hanya menganggap perkahwinan itu sebagai pencegah zina semata mata. Terfikirkah kita, lepas kahwin lebih banyak dugaan yang bakal datang. Tak semuanya bakal manis seperti sedang bercinta.

Orang kata perkahwinan ibarat satu perjudian. Pada pandangan saya ianya tidak benar dan tidak juga salah. Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat mulia. Dalam Islam, banyak hikmah dan rezeki yang kita akan dapat selepas berkahwin. Tapi biarlah niat itu kerana Allah bukan kerana mahu melepaskan nafsu semata mata.

Ok, cuba kita renung sejenak diri kita. Kepada yang berpasangan, tanya diri sendiri sama ada kita benar benar bersedia untuk berkahwin atau tidak. Jangan pandang yang manis sahaja. Cuba bayangkan yang dugaan pula. Contohnya, lepas kahwin, beban kewangan bakal bertambah. Nanti bila sudah ada anak lain pula keadaannya. Kemudian, kita harus ingat bahawa segala perangai sebenar pasangan kita, kita akan nampak hanya setelah berkahwin.

Tapi jangan pula takut dengan perkahwinan, cuma sebelum buat keputusan untuk berkahwin tu fikir dulu sedalam dalamnya. Jika cinta sudah sebanyak buih di lautan, maka teruskanlah niat untuk berkahwin. Tapi jika niat nak kahwin tu sebab dah lanjut umur, rimas ramai orang tanya bila nak kahwin dan terpaksa, maka tolonglah fikir seratus kali lagi.

Kes penceraian dalam negara kita ini sudah banyak dan melibatkan pasangan muda. Kalau belum ada anak kurang sikit masalah. Tapi kalau dah ada anak, banyak proses yang perlu dilakukan dan akhirnya anak jadi mangsa. Jom tanya diri sendiri, dah bersediakah kita untuk melangkah ke alam perkahwinan?

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment