Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6




Apa itu minyak dagu? Sejauh mana keberkesanan minyak dagu? Bagaimana cara penyediaan minyak dagu?

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Penyayang.

Jom ketahui cara penyediaan minyak dagu. Tujuan post ini bukanlah untuk mengajar anda membuat perkara yang salah. Tatacara penuh mengenai penyediaan minyak dagu ini hanya diketahui oleh pengamal ilmu hitam laknatullah.

Penggunaan minyak dagu untuk menundukkan/memiliki seseorang adalah sangat tidak munasabah. Mungkin jasad seseorang itu anda miliki namun pencinta sejati anda adalah jasad si mati. Manusia yang mengamalkan calit-mencalit minyak dagu ni adalah mereka yang sememangnya ahli neraka. Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat. Jom kita ketahui bagaimana cara penyediaan minyak dagu.

Bahan-bahan untuk menyediakan minyak dagu adalah seperti berikut:-

  • Minyak dagu perempuan yang mati mengandung yang mana masih terdapat janin didalamnya 
  • 7 jenis abu mayat dari 7 tanah perkuburan 
  • Minyak dagu kokang 
  • Anjing hitam 
  • mayat orang mati dibunuh secara kejam 
Di dalam minyak dagu ni biasanya terdapat jin yang menumpang, hasil dari pemujaan terhadap minyak tersebut. Biasanya jika soalan yang diberikan, maka jawapan terhadap soalan tersebut adalah Ya atau Tidak. Untuk mengetahui minyak dagu tersebut hidup, gantungkan pada tali dan sekiranya berpusing2, maka ia adalah hidup.

Minyak dagu juga mempunyai gred tersendiri. Yang paling hebat sekiranya diambil daripada mayat, kedua daripada beruk dan yang paling lemah sekali yang menggunakan anjing hitam.

Biasanya yang gred tinggi ni boleh didapati di utara semenanjung dan beberapa bahagian di negeri Siam.Banyak pantang larang untuk membawa minyak dagu ni, sebagai contoh si pembawa tak boleh melintas sungai atau menyeberangi lautan. Walhal, masa hujan sekalipun tak dibenarkan untuk membawa minyak dagu. Sekiranya minyak dagu tidak digunakan, maka ia akan disimpan didalam tanah bagi mengelakkan minyak dagu ini disambar petir.

Untuk mengenal pasti diri terkena minyak dagu adalah, bagi yang muslim, cuba bersolat, kalo susah nak bersolat seperti malas yang teramat sangat, itu adalah petanda. Selain tu, bagi yang bukan muslim, lihat pada cermin, sekiranya terlihat muka orang lain dalam cermin tersebut, itu adalah petanda terkena minyak dagu, dan akhir sekali sekiranya sering bermimpi bersetubuh dengan orang yang sama, itu juga petanda kepada terkena minyak dagu.

Untuk perubatan daripada minyak dagu ni, yang ditunjukkan adalah untuk menawarkan minyak dagu yang gred rendah untuk jangka pendek. Kalo yang gred tinggi, mungkin akan memakan masa yang lama.
  • Mandi dan minum Air Kelapa 
  • Buang segala pemberian daripada pengamal minyak dagu 
  • Amalkan 70 kali surah An Nas setiap hari 
  • Baca Zikir sebanyak 100 kali setiap kali habis solat 
Lailahaillah Wahdahu La Syariikalah Lahu Mulku Walahul Hamdu Wahua Ala Kulli Syai’in Qadiir

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment