Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Henry Gurney, penjajah yang telah merosakkan negara Palestine ketika dulu, datang ke Malaya telah dianggap sebagai seorang hero. Rakyat Palestine terus-terusan ditindas. Dan orang-orang Malaya yang bangkit menentang penjajah British dicop pengkhianat. Ini termasuklah golongan-golongan ulama' tanah air. Ketika ini benih-benih musuh islam telah disemai di Malaya.

Bagi sesiapa yang ingin mengenali Henry Gurney, beliau adalah seorang Think Tank dan pakar strategi pecah-perintah, utusan dari 'Queen' yang dihantar ke Palestin bagi menyelesaikan isu Palestin dan Israel pada tahun 1946. Beliaulah orang yang bertanggungjawab memecahkan Palestin dan mewujudkan Negara Israel. Dari hasil ideanya Palestin terus dijajah hingga ke hari ini, Palestin hidup dalam ancaman Zionis lebih setengah abad dalam peperangan dan penindasan yang tidak berkesudahan.

Henry Gurney mati ditembak dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser pada 7 Okt 1951, semasa beliau dikatakan bersama isteri dan setiausaha peribadinya D.J. Staples sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser.

Kira-kira 12 kilometer sebelum sampai di Bukit Fraser, kereta Rolls Royce yang dinaiki mereka dan dipandu oleh seorang Konstabel Mohd. Din dengan kibaran bendera Union Jack, menjadi sasaran peluru komunis.

Henry Gurney dikurniakan darjah kesatria oleh Ratu Elizabeth II setelah kematiannya pada 6 Oktober 1951. Kuburnya terletak di Perkuburan Kristian Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.
Beberapa jalan telah dinamakan sempena nama beliau seperti Jalan Henry Gurney di Melaka, Seremban, Kuala Lumpur dan Singapura. Kawasan rekreasi di Tanjung, Pulau Pinang dinamakan Gurney Drive. Nama beliau juga disemadikan pada perpustakaan awam pertama di Seremban yang dinamakan perpustakaan peringatan Sir Henry Gurney.

Lihatlah kepada siapa penghargaan diberi? Kepada musuh islam? Kepada penentang ulama? Kini benih-benih semaian musuh islam subur di Malaysia. Sistem-sistem dari paling kecil kepada yang paling besar kini terarah ke barat. Misi mereka membodohkan, memiskinkan dan menjahilkan telah berjaya.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment