Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Hujung bulan Mei lalu, Memey Suhaiza dan Abby Abadi difahamkan telah bercuti bersama sekitar negeri Perak dan Pulau Pinang.

Jika dilihat melalui laman Instagram Memey, nampaknya selebriti ini bukan sekadar bercuti berdua, malah mereka turut ditemani oleh anak-anak dan Norman Hakim.


Dalam kesemua foto yang dikongsikan oleh aktres anggun ini, tertarik dengan sekeping gambar yang menunjukkan Norman Hakim sedang berdiri diantara Memey dan Abby Abadi berserta perkataan berbunyi, Pada Syurga Di Wajahmu.

Foto tersebut seolah-olah mempunyai maknanya yang tersendiri, sehingga ada peminat menyuarakan hasrat untuk melihat Abby Abadi dan Norman Hakim bersatu kembali seperti sebuah keluarga.

Sweetnya mereka bertiga ini kan?

Namun begitu, tidak semua peminat mempunyai pendapat dan hasrat yang serupa. Ini kerana, ada segelintir peminat lebih selesa melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh kedua-dua buah keluarga ini dibiarkan berterusan seperti biasa tanpa perlu mengungkit kisah lampau yang pernah tercetus antara mereka.

Bagaimanapun Si Polan sendiri gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh kedua buah keluarga ini. Diharapkan agar keharmonian antara Abby dan Memey akan terus berkekalan selama-lamanya.

Untuk semua peminat Abby dan Memey, apa kata anda layan beberapa foto percutian mereka selepas ini.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment