Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Fazura

Fazura menganggap aktor Shaheizy Sam seorang lelaki yang istimewa kerana mempunyai perwatakan tidak seperti sesetengah lelaki lain.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata Shaheizy Sam atau Sam memiliki kualiti seorang lelaki yang diidam-idamkan para wanita termasuklah dirinya.

"Saya setuju Sam seorang lelaki yang ‘tidak banyak’ di luar sana.

"Ramai wanita yang menganggap lelaki semuanya sama, tetapi dia lain, dia sangat istimewa.

"Kerana itu saya sangat senang apabila berlakon dengannya menerusi drama Kisah Cinta," katanya.

Tambah Fazura lagi, dia dapat melihat Sam juga seorang yang sangat menghormati wanita.

Dalam perkembangan lain Fazura berkata, sejak menginjak usia 30 tahun, dia mula peka terhadap penjagaan kesihatan untuk memastikan dirinya kekal sihat.

Shaheizy Sam

Dia kini melakukan pelbagai aktiviti seperti 'pilates' supaya kekal cergas selain mengamalkan cara pemakanan yang betul.

"Apabila usia meningkat, macam-macam penyakit yang akan muncul tanpa kita sedar.

"Sudah tiba masanya untuk saya lebih berjaga-jaga soal pemakanan yang betul selain bersenam. 

Bagaimanapun saya bukannya berdiet, cuma mengamalkan cara pemakanan yang sihat," ujarnya.

Dalam pada itu, Fazura juga mengelak daripada mengambil minuman berais untuk agar kesihatannya terjamin.

"Alhamdulillah, berat badan saya turun sedikit, cuma saya perlu menaikkan otot-otot badan sedikit supaya nampak sedikit tegap," ujarnya yang akan muncul dalam drama Kisah Cinta disiarkan bermula pukul 9 malam pada 9 April ini di saluran TV3.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment