Setiap kali polis di Kuala Lumpur buat sekatan jalan, tidak kira siang atau malam, jalan kita akan jadi sesak.
Bukan polis tidak boleh buat sekatan, itu hak mereka, buatlah seberapa kali yang perlu, namun rasanya kena ada pendekatan baru sikit.
Sekatan jenis ‘aku polis, aku boleh buat camna yang aku suka’ kena ubah la sikit.
Kalau tengok gambar di atas, memang jelas itulah kaedah polis Malaysia buat sekatan jalan.
Daripada tiga atau empat lorong, yang akan dibuka atau dibenar lalu hanya satu lorong.
Mengapa perlu buat camtu?
Kalau tengok gambar satu lagi, bagaimana polis negara luar buat kerja, nampak profesional kan?
Bukan kita hendak mengagungkan negara lain atau barat, tapi apa yang baik dan bijak itu jadikanlah ikutan.
Kalau buat cam negara barat, kan senang. Semua lorong dibuka, hanya satu digunakan untuk menahan kereta yang perlu diperiksa lebih lanjut.
Seperti yang ditulis awal tadi, polis Malaysia tak boleh la nak ada sikap ‘aku polis, aku boleh buat camna yang aku suka’. Sebagaimana polis ada hak untuk melakukan sekatan dan pemeriksaan, mereka perlu lakukan dengan sebaik mungkin dan mengurangkan kesusahan kepada anggota masyarakat dan pengguna jalan raya.
Pemandu di atas jalan tu pun ada kerja nak buat, ada tempat yang hendak dituju.
Bayangkan pemandu yang berhemah, tak buat salah pun terpaksa tunggu terlalu lama semata-mata kerana kaedah pemeriksaan yang diamalkan ialah ‘aku polis, aku boleh buat camna yang aku suka’…ada tiga lorong, aku tutup dua, cuma bukak satu sahaja sebab aku hebat, aku leh buat camtu!.
Jangan bagi alasan kurang anggota, kerajaan duk tambah bilangan anggota keselamatan hampir setiap tahun.
Jangan cakap kalau tiga lorong kang ada yang tak berhenti, terus pecut. Itu alasan paling tak masuk akal…pasal satu lorong boleh tak berhenti jugak kalau dia penjenayah yang nak melarikan diri.
Ambilah yang baik dan positif sebagai ikutan.
Peace!!!
No comments: