Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Rahsia Badan Solid Maria Farida ( 7 Gambar ).


Maria Farida yang sungguh cantik sehingga mendebarkan dada lelaki ini berkongsi rahsia mengapa beliau berani untuk sentiasa memakai pakaian seksi dan daring kerana mempunyai tubuh badan yang solid dan cantik hasil bersenam di gym.


Maria Farida ibu tunggal beranak satu kepada Mizan sudah lama menjanda dan pernah putus cinta dengan Shah Jaszle sebelum ini.




Maria yang mengamalkan gaya hidup aktif sentiasa rajin bersenam dan melakukan aktiviti luar seperti scuba diving dan jogging menyebabkan tubuh badannya mencapai zero percent body fat yang jarang sekali dapat dilakukan oleh wanita 40 an sepertinya. Kesannya Maria kelihatan seperti baru 20 an dan tampak muda selalu.



Semoga kita semua dapat mengamalkan gaya hidup cergas seperti maria Farida ni demi kesihatan yang lebih baik. Kami bukan tak nak bersenam just tunggu Maria ajak bersenam sekali. Kehkehkeh.

Gambar Kejutan Pada Harijadi Siti Nurhaliza

Baru sahaja semalam, 11 Januari 2014, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza meraikan sambutan hari lahirnya ke-35.

Kali ini, majlis sambutan diadakan di pejabat beliau secara sederhana oleh suami, Datuk K sendiri serta para kakitangan syarikat Siti Nurhaliza Production(SNP) dan SimplySiti(SS).


Dibawah beberapa gambar yang dikongsikan kepada peminat. Semoga Datuk Siti panjang umur dan murah rezeki hendaknya…








(Gambar) Linda Onn akhirnya dedah foto nikah dan suami

Setelah merahsiakan wajah sebenar suami dan majlis pernikahan beliau, Linda Onn akhirnya memuatnaik dua keping foto istimewa khas untuk peminatnya di Instagram.

Gambar tersebut adalah gambar beliau dan suaminya Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan.

Majlis perkahwinan mereka telah berlangsung sekitar jam 5.45 petang Jumaat dan bertempat di Masjid Bukit Indah Ampang.

Pasangan ini pada mulanya telah berkenalan sejak bulan Ogos 2013 lalu dan kini telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2013 yang lalu

Pelakon tempatan bertubuh sasa minum arak macam air masak


Gambar hiasan
Ketika minum petang dengan rakan setugas beberapa hari lalu, terbuka cerita pelakon mabuk teruk ketika menjayakan penggambaran filem di negara jiran. Terkejut Sha, maklumlah selama ini pelakon itu nampak ‘bersih’ meskipun orangnya panas baran.

Cerita ini didedahkan mereka yang menjayakan penggambaran itu. Pada satu malam, sumber nampak pelakon bertubuh kekar itu rakus menogok air kencing syaitan di tepi pantai. Tempat itu memang ramai pelancong luar dan menjadi tempat berhibur sambil minum.

Yang mengejutkan, pelakon itu minum arak yang dibeli macam togok air masak. Dari situ sudah tahu dia sudah biasa. Sudahnya apabila mabuk, dia terlentang tidur di situ juga. Tak peduli bahaya atau tidak, dia tersadai macam dugong tercekik batu karang. Dalam keadaan begitu, kalau dihanyutkan air pun tak akan sedar.

Mujur tak ada tsunami, kalau tidak pasti jadi kisah muka depan akhbar paling hangat tahun ini. Sudahnya, pagi esoknya dia datang lewat ke lokasi. Penampilannya bukan saja kusut masai tapi ada bau hamis yang buat orang sekeliling loya, tetapi masing-masing kunci mulut.

Malas nak panjangkan cerita, yang penting penggambaran hari itu mesti diselesaikan kerana banyak lagi lokasi yang mahu dikunjungi. Itulah penangan arak. Mana yang ‘sekapal’ dengan pelakon ini memang tak kisah tetapi bagi yang masih ada iman di dada, masing-masing hanya mampu geleng kepala.

Kalau ditegur pun pelakon ini tak makan saman, apatah lagi dia jenis tak boleh terima nasihat. Silap hari bulan ada meja kerusi melayang.

Jalan terbaik, masing-masing buat hal sendiri. Setahu Sha pelakon ini ada penyakit walaupun usianya masih muda. Tidakkah arak memburukkan lagi keadaan kesihatannya? Kalau itu jalan dipilih untuk kurangkan tekanan, jelas apa dilakukannya salah.

Sha harap dia hentikan tabiat buruk yang sudah terang lagi bersuluh ditegah agama.

Lagi Video Persembahan Yuna Dalam Rancangan Jimmy Kimmel Live

Baru-baru ini, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai telah mencipta satu lagi kejayaan apabila berjaya menjadi tetamu menerusi satu rancangan bual bicara yang popular di Amerika Syarikat iaitu Jimmy Kimmel LIVE terbitan ABC.

Bermula dengan hanya menginterpretasikan hasil karyanya menerusi persembahan-persembahan kecil, siapa sangka suatu hari nanti Yuna mampu untuk menempa nama sehingga ke peringkat antarabangsa seperti yang sudah dikecapinya hari ini.




Dipetik daripada twitter milik Jimmy Kimmel.

Dalam rancangan tersebut, Yuna telah mempersembahkan dua buah lagu yang dipetik daripada album terbarunya, Nocturnal iaitu Falling dan Resque bagi tujuan mempromosikan album tersebut.

Ketika Yuna mempersembahkan kedua-dua lagu tersebut, kelihatan para penonton bersorak dan mula menggawang-gawangkan tangan ke udara menikmati lagu yang disampaikan olehnya. Malah penonton turut memberikan tepukan gemuruh selepas Yuna selesai beraksi di pentas tersebut. Hebat sungguh penangan si gadis turban ini.

Sementara itu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu turut disenaraikan antara 20 artis yang harus diberi perhatian pada tahun 2014 oleh sebuah portal berita antarabangsa, Huffington Post.

Dia turut disenaraikan bersama-sama 19 lagi pemuzik lain termasuklah Bad Rabbits, Balance and Composure, Banks, Flatbush Zombies, Ground Up, The Internet, King Krule, Knytro, Mausi, Polyenso, Sam Smith, Say Lou Lou, Shad, Tilian, Travis Scott, Volcano Choir, WC Lindsay, Wake Owl dan juga 1975.


Liza Abdullah Minta Diceraikan Selepas Beranak 4

Norliza atau lebih dikenali sebagai Liza Abdullah, 52, hadir ditemani peguamnya bagi tujuan berkenaan dan memfailkan permohonan di kaunter mahkamah pada Rabu lalu.

mStar Online dimaklumkan Liza turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.
Liza Abdullah

KUALA LUMPUR: Pelakon Norliza Abdullah memfailkan perceraian terhadap suaminya yang dikenali sebagai Zolkifli di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat di sini.


Dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar pada 2012, Liza menepis khabar angin berhubung gosip kononnya dia sedang menghadapi masalah rumah tangga dan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat.

Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.


Pelakon itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an.

Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.

Adegan r4nj4ng, Marsha serah pada penonton

"Saya bersedia menerima sebarang implikasi serta tanggapan penonton terhadap penampilan seksi saya," kata Marsha Milan mengenai isu penampilan seksi serta adegan ranjangnya bersama Wan Hanafi Su didalam Filem Laga.

Tambahnya, memang tidak dapat dinafikan adegan ranjangnya pasti akan mengundang pelbagai kritikan tetapi dia berharap ia dinilai daripada sudut positif. Alasannya, adegan itu diwujudkan sebab ia mempunyai mesej tersendiri sebagai panduan kepada masyarakat.

"Dalam pada itu ia dapat menambah rasa dalam filem yang sebenarnya mahu menonjolkan budaya laga ayam namun dalam masa yang sama hubungan suami isteri turut menyumbang kepada kehidupan seharian manusia biasa.

"Saya sebelum ini juga sering dikaitkan dengan imej seksi jadi persedian mental sudah ada. Cuma dalam Laga ini adegan tersebut dibuat dengan teknik kamera yang menggambarkan seolah ia benar agar ia kelihatan logik," ujar Marsha dipetik sebagai berkata.

"Tujuan saya terima tawaran membawakan watak Ayu juga didorong perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru dan meletakkan ia sebagai cabaran buat diri saya sendiri untuk lebih versatil dalam dunia lakonan.

"Dikelilingi pelakon hebat dalam set Laga, saya beruntung kerana mendapat tunjuk ajar daripada Eman Manan serta Wan Hanafi Su juga banyak membantu bagi memudahkan saya menghidupkan watak Ayu terutama sekali yang melibatkan adegan yang panas bersama Hassan Laga.

"Banyak perkara yang pada mulanya membuatkan saya gementar berada disamping pelakon hebat seperti mereka tetapi lama-kelamaan ia membuatkan saya lebih fokus untuk membuat yang terbaik untuk watak Ayu," tambah Marsha.

Untuk info, filem Laga arahan Ismail Yaakob itu bakal ditayangkan pada 26 Januari ini di pawagam. Jadi jika anda teringin menonton babak ranjang tersebut, apa kata penuhkan pawagam untuk menyaksikan kehebatan Marsha. Heh.

(Video) Janda bekas pelakon popular hidup dalam ketakutan


Zue
Ampang: Wajah menarik dan susuk tubuh menawan tidak semestinya membawa bahagia kepada seorang wanita kerana tanpa pertimbangan bijaksana dalam membuat keputusan, badan pasti merana ditimpa derita berpanjangan.

Itu nasib seorang wanita mahu dikenali sebagai Zue, 32, bekas isteri aktor popular tanah air suatu ketika dulu yang kini hidup dalam ketakutan apabila diperangkap teman lelaki yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.

“Apa yang menimpa diri saya boleh diibaratkan seperti keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Dulu, ketika berkahwin dengan bekas suami yang juga pelakon dan model popular, saya sering dipukul.

“Kini, saya diperalat pula teman lelaki untuk menemaninya berurusan dengan pengedar dadah,” kata ibu tunggal beranak dua itu yang sebelum ini turut terbabit secara tidak langsung dalam industri hiburan.

Zue berkata, selepas bercerai dengan bekas suaminya dia bekerja di sebuah kelab malam di ibu kota dan ketika itulah dia berkenalan dengan teman lelakinya itu iaitu pada awal 2012.

Jawapan Nedim Isu Kahwin Nora Danish

Kemelut perhubungan yang seakan tidak direstui orang tua membuatkan Nedim Nazri terus diasak pelbagai pertanyaan mengenai halatuju hubungan mereka.

KUALA LUMPUR – Lelaki yang dikaitkan sebagai kekasih aktres Nora Danish, Mohamed Nedim Nazri atau lebih mesra dengan panggilan Nedim menafikan desas-desus mereka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.


Nedim, 31, juga menegaskan, dia dan Nora tidak pernah membincangkan rancangan tersebut.

Anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu menegaskan demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat sempena ulang tahun kelima anak Nora, Putera Rayqal Rizal Ashram di Ampang, Hulu Klang di sini semalam.

Ibu Persoal Stacy Tukar Agama Tanpa Pengetahuan

Sebaik tahu cerita Stacy masuk islam, ibunya bertanya kenapa tukar agama tanpa maklumkan keluarga terlebih dulu.Namun, selepas menjelaskan gadis dalam gambar itu bukan dirinya, ibunya faham dan tidak lagi memanjangkan perkara itu. Stacy akui dia memang mengagumi agama Islam tetapi buat masa ini belum terfikir untuk bertukar agama.


Berita tergempar juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy peluk Islam dengan nama Nur Aisyah Rabiah yang tersebar luas di Internet mengejutkan peminat, baru-baru ini. Pelbagai reaksi diberi, ada yang gembira dan siap ucap tahniah dan tidak kurang juga keliru.

Bagaimanapun, Stacy yang dimaksudkan bukan penyanyi lagu Kasanova tetapi gadis lain yang nama sebenarnya Stelly.


Terang-terang gambar yang tersebar di Internet itu bukan Stacy. Jauh benar rupanya, langsung tak sama.

Ternyata Stacy tidak cepat melatah dengan isu itu, sebaliknya mengakui hanya tersenyum apabila ada peminat cuba mendapatkan kepastian mengenai perkara itu di laman sosial Twitter miliknya.


Anak jati Sabah ini lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana kebenaran yang dia bukan gadis itu akan diketahui juga. Dia lega apa bila orang ramai tahu cerita sebenar dan tidak lagi memperbesar-besarkan perkara itu.

Soal yang satu ini tidak boleh buat main-main, kalau betul mahu masuk Islam, biar serius dan ikhlas dari hati.

“Yang boleh saya katakan, buat masa ini hati saya belum terbuka. Saya belum bersedia, tak tahulah pada masa akan datang. Harap dengan penjelasan ini, orang ramai khususnya peminat tidak keliru lagi.


“Kalau nampak gambar saya berbaju kurung, jangan cepat buat kesimpulan saya bertukar agama seperti berlaku baru-baru ini.

“Apabila keluar gambar gadis itu peluk Islam, ada pula insan muat naik gambar saya berbaju kurung ketika menghadiri kenduri perkahwinan abang untuk menguatkan lagi bukti saya menjadi Muslim.

“Hidup dalam masyarakat majmuk, bukan perkara pelik jika kita pakai baju kurung,” katanya.

Gaya Daphne Iking Semakin 53ksi Dan Hot

Daphne Iking sebelum ini dikritik hebat akibat video Harlem Shake yang dilakukan bersama keluarganya bulan lepas.

Daphne tidak mengambil pusing sangat dengan komen-komen yang diberikan malah berbangga dengan pujian yang diberikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza berkenaan video tariannya itu. Anda boleh tontonnya dibawah



Namun jika dilihat kembali latar belakang kariernya, memang kita tidak hairan dengan video Harlem Shake yang dilakukannya itu.

Daphne pernah tampil selaku model untuk potal lelaki NewMan dan gayanya memang seksi habis!!!


Gambar Saya Tayang Bukan Lxc4h-Ammar Alfian

Saya bukannya tunjuk foto lucah pun tetapi foto-foto itu adalah aktiviti saya ketika menjalani latihan di gim dan kemudiannya, kejayaan hasil usaha saya itu, saya wajar kongsi dengan sesiapa sahaja. Diharap orang ramai tidak salah faham dengan foto-foto tersebut.


Jelas Ammar lagi, segala kritikan dan tanggapan orang ramai terhadap dirinya, tidak pernah menjejaskan pemikiran dan karier’nya.


“Bekerja dalam dunia hiburan pun bukannya memberi perkara positif pada diri saya apabila saya menjadi mangsa hentaman. Lebih baik saya melakukan kerja lain yang boleh menjana masa depan selain tidak tertekan dengan kritikan masyarakat. Sama ada masih lagi ada peminat atau tidak, saya tidak kisah.”

Kilafairy Didukung Lelaki Dalam Ladang Kelapa Sawit

Isu ini terus diperkatakan di blog-blog hiburan walaupun ianya sudah beberapa minggu berlalu. Mungkinkah dengan adanya kontroversi akan dapat membantu seseorang artis itu untuk mendapat lebih banyak tawaran berlakon? Itu admin kurang pasti namun yang pastinya populariti Kilafairy kini semakin memuncak dan semakin dikenali ramai.

Terbaru, pelakon drama bersiri Saiful Nita itu telah memuatnaik sekeping gambar yang amat melucukan peminat. Nak tengok gambar itu, korang kena skrol kat bawah. Dalam gambar berkenaan, Kilafairy secara tidak sengaja telah meminta dukung dari seorang lelaki kacak di sebuah ladang kelapa sawit.

Tindakan spotan artis yang digelar Angelina Jolie itu hadir selepas terlalu takut digigit pacat. Rata-rata peminat Kilfairy ketawa terbahak-bahak kerana mereka tahu pacat memang tiada di ladang kelapa sawit yang lapang. Biasanya, pacat hanya hidup di tempat yang agak teduh, lembap dan berair.

Apapun, jangan risau dan tak perlu kecoh sebab lelaki yang mendukungnya itu ialah ayah Kilafairy sendiri dan tujuan mereka datang ke ladang kelapa sawit itu ialah untuk bersiar-siar dan menenangkan fikiran.


'K4ngk4ng' terlebih, Sharifah Sakinah jadi bahan peminat

Sharifah Sakinah memuat naik aksi yang agak nakal di akaun Instagram dengan menggayakan baju Al-Khaired yang baru diperolehnya.

Baju tersebut sleevless hingga menampakkan ketiak dan kemudian diikat untuk menampakkan pusatnya.

Terdapat dua aksi berbeza yang digayakan beliau. Satu aksi mengangkang dan satu lagi menonggek gitu.

Peminat-peminat seperti biasa akan menjadi 'juri' tak berbayar kepada artis kegemaran mereka ini.

Ada yang cemburu dengan bentuk tubuh Sharifah Sakinah, ada yang beranggapan ianya biasa-biasa aja malah ada yang turut memberi perhatian kepada bahagian-bahagian tubuh pelakon suam-suam kuku ini.

Ketiak, puggung, pusat, dan akhir sekali 'camel toe' semua diperhatikan peminat. Hmmm, entah apa lagi yang tinggal untuk bakal suaminya kelak pulak ye...

Pelakon remaja drama tempatan mabuk hingga dipapah


Gambar hiasan
Rakan Cik Normah, Tipah Lawa gemar jalan-jalan pada malam minggu mengelilingi Kuala Lumpur sekadar untuk melihat gelagat manusia. Maklumlah, wanita bergetah ini mahu mencari ilham dalam novel terbarunya.

Hujung minggu lalu, selepas puas menjamah nasi lemak di Kampung Baru, dia yang ditemani Sakura Sepi melintasi sebuah pusat hiburan popular.

Kebetulan, dengan kerenah pengunjung pusat hiburan yang sesuka hati meletak kereta di bahu jalan, terpaksalah semua pemandu memperlahankan kenderaan mereka.

Dalam riuh mulut Tipah Lawa merungut dengan kesesakan yang terpaksa ditempuhi ketika hari sudah lewat malam, matanya terpandang gelagat seorang pemuda yang dipapah rakannya.

Kata Sakura Sepi yang sempat menyampuk, bukanlah mahu menyibuk, tetapi memikirkan mungkin lelaki atau lebih tepat remaja itu sakit dan memerlukan bantuan, dia yang memandu kereta memperlahankan kenderaannya.

Sengaja cari penyakit 


Sebagai peminat tegar drama, Sakura mengakui terkejut selepas melihat wajah jejaka yang amat dikenali itu. Melihat dari dekat, dia yakin wajah sinonim dalam drama kesukaannya bukan sakit, sebaliknya mencari penyakit.

Kongsinya, jelas sekali dia mabuk kerana terlebih minum hingga dua orang terpaksa memapahnya ke kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran pusat hiburan berkenaan. Kalau dihitung, usianya masih agak muda walaupun sebenarnya sudah melebihi 18 tahun.

Bukan apa, kata Sakura Sepi, anak muda terbabit popular dalam sebuah kisah keluarga beberapa tahun lalu. Waktu itu dia masih di sekolah rendah, tetapi banyak juga drama lakonannya selepas itu. Cuma Sakura Sepi hairan kenapa agaknya sampai boleh jadi macam tu.

Blaus Terbelah Hingga Ke Peha, Peminat Nora Danish Kecewa ( 4 Gambar ).




Bagi peminat artis-artis jelita di tanahair, mereka bagaikan mahu melihat artis kesayangan mereka dalam keadaan sempurna sifat, tidak kiralah dari aspek jasmani ataupun kerohanian.

Begitulah yang terjadi kepada peminat-peminat artis ibu tunggal terkenal, Nora Danish. Mereka mengharapkan sesuatu yang baik dan indah-indah belaka dari beliau.

Apabila beliau memuatnaik fotonya dalam akaun Instagram, pastinya akan menjadi perhatian. Tambahan pula foto berkenaan agak seksi mengikut pandangan mata mereka.

Bagi Nora Danish, itulah kehidupannya, kepada peminat yang sering mengkritik penampilannya, wajar lebih memahami latar belakang wanita ini. Kalau menegur, biarlah beradab, sebaiknya mendoakan sahaja perubahan beliau dari menghamburkan kata-kata kurang enak diruangan komen.

Nora Danish sekali lagi menjadi mangsa kritikan setelah memuatnaik gambarnya yang dikatakan agak seksi apabila blouse yang dipakainya terbelah hingga ke peha. Jelas kelihatan peha gebunya yang disarungkan stokin hitam yang jarang.