Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



Seorang lelaki yang tidak bertimbang rasa telah menumbuk seseorang lelaki yang cacat penglihatan hanya kerana lelaki itu melintas jalan terlalu lama. David Horan sedang berjalan di sekitar Newcastle, Australia bersama anjingnya sebagai penunjuk jalan.


Tiba di satu laluan, David dan anjingnya ingin melintas, tetapi, mengambil masa kerana anjingnya tidak biasa dengan laluan pejalan kaki di situ. Lelaki yang tidak dikenali sedang memandu kereta turun dari kenderaannya dan bertindak menumbuk David.



Dia menumbuk David kerana berang David mengambil masa yang terlalu lama untuk melintas jalan. Penjaga David, Alex Chu yang juga berada di situ cuba untuk menghalang tindakan gila lelaki itu tetapi dia juga turut dipukul bersama isterinya.

Malah, lelaki itu terus bertindak ganas. Orang ramai yang lalu lalang di situ marah dengan tindakan lelaki itu dan cuba memukulnya. Namun, lelaki itu cepat-cepat menaiki kenderaannya dan beredar dari tempat kejadian sebelum polis sempat tiba.

Seorang lelaki lain, James yang sedang menyaksikan kejadian itu telah bertindak merakam insiden tersebut dan menyerahkan rakaman itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. “Saya tidak menyangka seseorang boleh menyerang lelaki yang tidak berkeupayaan seperti itu,” kata James.

Inilah keadaan yang berlaku sekiranya manusia tiada lagi sifat perikemanusiaan

VIDEO



PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment