Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6




Syurga isteri terletak di telapak kaki suami. Itulah kata-kata nasihat yang menjadi pegangan bagi pasangan yang sudah sah bergelar suami isteri. Hmm..Mungkin korang berasa pelik secara tetiba je kami cakap perkara serius macam gini kan.

Yang sebenornya, kami agak terkesima selepas membaca dan menonton video berkaitan isteri kepada penyerang bola sepak kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talha atau Mat Yo.

Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi perkara sebegini tidak akan sampai jadi kes polis dan mahkamah seandainya kedua-dua belah pihak saling menerapkan sikap toleransi dan berhemah dalam berkomunikasi. Tak berbaloi kerajaan bikin kempen Budi Bahasa Budaya Kita! Sebab ianya tetap tak masuk di akal rakyat.

Apapun, 
kami bukannya nak cakap lebih-lebih tentang insiden berkenaan. Cuma kami nak cuit sikit dengan sikap isteri Mat Yo iaitu Siti Aisya Adam. Memandangkan Mat Yo tu seorang yang dikenali, Aisya patutnya mengambil langkah lebih berjaga-jaga. Yang menjadi kesnya sekarang ini, dek kerana video berkenaan, Murai Batu dengar imej Mat Yo yang bermain dalam pasukan JDT (Johor Dahrul Takzim) itu dah pun tercalar.

Malah, 
kami dapat tahu ada pihak telah mewujudkan laman facebook yang menggunakan nama Belia Benci Mat Yo. Bukan setakat itu saja, ada pihak telah membuat super imposed gambar perkahwinan Mat Yo dengan menggelarkan pasangan ini sebagai pasangan Queen Control. Sungguh hebat imaginasi orang kitakan?

Oleh kerana itu, 
kami berharap sangat kepada semua isteri pemain bola sepak yang terkenal agar lebih berhati-hati dalam berkomunikasi dengan sesiapa saja. Ke mana jua anda pergi, anda membawa nama suami anda. Malah, suami anda pula membawa nama negara Malaysia. Yang paling penting, jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga tau.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment