Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Kami kalau lenguh leher pun dah rasa stress semacam. Inikan pula Aaron Aziz yang kena sakit sendi tengkuk sehingga menyebabkan lehernya senget. Tak boleh bayangkan betapa sakitnya. Nasib baik dapat cepat kesan menerusi imbasan Xray. Kalau lambat mesti lagi serius jadinya.


Kami bukan doktor jadi tak faham langsung keputusan ujian Xray yang telah dikongsikan oleh Aaron Aziz menerusi akaun Instagramnya. Namun menurut isterinya, Aaron telah dibenarkan keluar daripada Hospital Prince Court selepas menerima 3 suntikan steroid di leher. Kata Diyana kepada Utusan Malaysia:-

Doktor telah memberi tiga suntikan steroid di bahagian lehernya dan memberitahu suntikan itu boleh bertahan selama sebulan. Sebab itu dia dibenarkan pulang ke rumah semalam. Memandangkan suntikan itu boleh bertahan sebulan, insya-Allah, bolehlah dia pergi Cape Town untuk program Fear Factor musim kedua. Memandangkan suntikan itu hanya bertahan selama sebulan, jadi selepas balik dari Cape Town nanti, dia perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk susulan


Diharap Aaron Aziz dapat membahagikan kerjaya dan masa berehat secukupnya selepas ini. Kerja memang kena pulun, tapi badan biarlah kasi rehat betul-betul. Nanti tak pasal-pasal sakit pulak sampai susah nak kerja. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Aaron Aziz lekas sembuh dan selamat menjalani fisioterapi kelak.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment