Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Ngeri. Gara-gara sebuah handphone, seorang cikgu di Sekolah Menengah di Fuzhou Linchuan, China, dibunuh kejam oleh seorang anak muridnya. 


Konflik di antara cikgu, Sun dan juga anak muridnya, Lei, 17 tahun bermula apabila cikgu tersebut merampas handphone milik beliau sewaktu beliau bermain-main dengan handphone tersebut semasa rehat. 

Beliau kemudiannya mengarahkan kedua ibubapa murid tersebut datang kesekolah untuk mengambil kembali handphone tersebut.


Kesokan harinya, Lei, yang tidak berpuashati dengan kejadian tersebut telah berjumpa dengan pengetua sekolah tesebut untuk berbincang. Setelah itu beliau kembali ke kelas. Namun tidak lama kemudian, beliau kembali semula ke bilik guru pada pukul 11.46 pagi untuk menemui Cikgu Sun yang sedang membuat persediaan untuk masuk ke kelas. 

Beliau membawa bersamanya sebilah pisau pemotong buah-buahan. Setibanya di Bilik guru, beliau terus meluru ke arah cikgu tersebut lantas menyembelih leher cikgu tersebut. Tidak sempat menyelamatkan diri, Cikgu Sun, disahkan mati ditempat kejadian kerana kehilangan banyak darah.
Cikgu Sun adalah seorang cikgu yang popular dan komited disekolah tersebut. Manakala Lee, adalah seorang pelajar yang bermasalah.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment