Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6

Tanam Bayi Hidup-Hidup (Cr Google)

Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Bintulu, Serawak bertindak kejam apabila tergamak menanam bayinya sendiri hidup-hidup. Rahsianya terbongkar apabila kubur bayi malang itu digali polis semalam.


Difahamkan, bayi malang itu dilahirkan hasil hubungan sulit suspek dengan teman wanitanya yang berusia 15 tahun. Menurut sumber, mayat bayi malang itu ditanam oleh suspek di kawasan belukar kira-kira 20 meter dari belakang rumahnya sebaik dia dilahirkan pada 22 September lalu.
Bagaimanapun, tindakan suspek akhirnya terbongkar selepas teman wanitanya mengalami pendarahan teruk sebelum dihantar oleh ibunya ke hospital. Pemeriksaan doktor mengesahkan remaja berkenaan telah menyembunyikan kelahiran bayinya.
Remaja itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika sedang berehat di rumah keluarganya. Kes beliau disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

p/s: Kenapalah dia orang jadi macam ni..kembali ke zaman jahiliah!!!

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment