The Bird s Nest ini terletak di Harads, Norrbotten County, Sweden. Lokasinya berhampiran dengan Sungai Lule 100 Km dari Lapangan Terbang Lulea. The Bird s Nest berada di dalam hutan belantara!
Apabila tiba di hadapan hotel ini, anda pasti tidak akan percaya. Sesuai dengan namanya, The Bird s Nest seakan bentuk sarang burung dengan saiz gergasi. Kelihatan, ranting-ranting pokok yang besar membentuk suatu bulatan besar.
Untuk masuk ke dalam hotel ini, anda harus naik melalui tangga. Keluasan hotel The Bird s Nest adalah kira-kira 17 meter persegi, cukup selesa. Dindingnya dilapisi panel kayu dan tingkap bulat yang bentuknya hanya sebesar kepala orang dewasa.
Meski pun begitu, interior di dalam hotelnya sungguh eksklusif. Bahagian dalam The Bird s Nest terdapat bilik tidur, bilik mandi, dan ruang tamu. Ada dua bilik tidur di dalamnya, iaitu berukuran double bed dan katil peringkat. Sesuai untuk bermalam dengan keluarga.
Harga per malam menginap di sana adalah SEK (Swedish Krona) 4.400. Bagi dua orang harganya hanya SEK 3.300. Untuk tambahan membawa anak, dikenakan bayaran SEK 420. Booking hotel boleh ditempah melalui laman rasmi Treehotel.
Menginap di The Bird s Nest seolah membuat anda menyatu dengan alam. Apalagi di sekeliling anda terdapat pohon-pohon cemara yang menjulang tinggi. Selamat bermalam di 'sarang burung raksasa'!
No comments: