Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



Obsesi terhadap kemewahan boleh menghasilkan ciptaan apapun yang diperbuat daripada emas. Misalnya beberapa kafe di Dubai yang menawarkan teh emas. Bukan main-main, emasnya 22 hingga 24 karat.

Kebelakangan ini pihak berkuasa di Dubai telah dihebohkan kafe yang mengaku menyediakan teh dicampur emas. Namun kerajaan mengaku di negaranya tak ada yang menawarkan teh emas kerana dilarang demi kesihatan. Adanya khabar angin teh emas ini diyakini hanya sebagai helah promosi menarik pembeli.

"Itu hanya untuk helah promosi oleh pemilik kafe agar menaikkan harga jualan untuk barangnya yang murah," ucap Khalid Mohammed Sherif Al Awadhi dari Jabatan Kawalan Makanan. "Kafe-kafe itu tidak mencampur teh dengan emas tapi mengaku untuk menarik pengguna. Jika mereka melakukannya maka telah memasukkan bahan asing ke dalam tubuh manusia."

Namun seorang pemilik kafe tetap mengaku menjual teh emas yang tidak berbahaya bagi kesihatan. Sekurang-kurangnya ada 30-40 gram emas yang dicampurkan pada 1 kg serbuk teh untuk membuat sajian mewah ini. Sedangkan kafe lain juga mengatakan menjual teh Dh228 dengan kandungan emas 24 karat di Dubai Mall.

"Saya hairan kenapa emas dalam kek dan makanan lain dibenarkan," kritik pemilik kafe. "Saya yakin teh ini tidak mempunyai kesan terapi bagi tubuh dan sudah mendapat izin dari jabatan kesihatan untuk menyajikannya."

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment