Kemudian Lucy, yang pada asalnya adalah seorang lelaki yang bernama Laurens telah menukar jantinanya menjadi perempuan dan memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, dia memakai tudung dan tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu.
Tidak berapa lama kemudian dia bertemu dengan Murad, seorang lelaki Muslim yang dikenalinya di internet. Kemudian mereka berkahwin dan Lucy menjadi isteri kedua Murad yang telah memiliki 2 anak.
NOTE: Sebelum kita menilai sendiri pekara seperti ini,haruslah kita rujuk terlebih dahulu kepada yang lebih arif tentang hukum-hukum yang berkaitan..
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).
Bahkan 'Abdullah ibn' Abbas r.a. menerangkan bahawa:
"Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. "(Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah ra.
No comments: