Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



BAYI JALANI PEMBEDAHAN BUANG KEPALA TAMBAHAN | AFGHANISTAN – Seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan satu lagi kepala, selamat menjalani pembedahan bagi membuang kepala tambahan tersebut.

Asree Gul, yang dilahirkan kembar, menjalani pembedahan itu di bawah kelolaan pakar bedah, Ahmad Obaid Mojadi.

“Ibunya melahirkan sepasang bayi kembar perempuan. Asree sihat, namun mempunyai kecacatan dengan satu lagi kepala melekat di bahagian belakang kepalanya.

“Kami telah memisahkan kepala tambahan itu daripada badannya,’’ katanya.

Ahmad turut menyifatkan pembedahan itu sebagai pembedahan paling sukar yang pernah dijalankan di negara miskin tersebut.

Asree yang merupakan anak kepada petani itu menjalani pembedahan tersebut secara percuma memandangkan dia berasal daripada keluarga miskin.

Bayi tersebut kini semakin sihat dan telah dibenarkan keluar dari hospital.


PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment