Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6



Tahniah kepada kedua selebriti, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30 dan Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul halim, 32 yang telah sah bergelar pasangan suami isteri, hari ini.

Fiza yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite itu telah selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin berjumlah RM300 oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapanya, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Shah Alam.

Kedua pasangan pengantin baru dilihat memilih warna putih sebagai busana pada majlis akad nikah, pagi tadi.

Sebelum ini, penyanyi Adam AF2 mengaku tidak peduli dengan status janda bakal isterinya itu.

"Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Saya sudah bersedia Insya-ALLAH, harap semua pihak dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," katanya.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment