Slider[Style1]

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5[ImagesOnly]

Style6


Sorrylah kalau Si Polan ni kepochi ya. Tapi, Si Polan ada membawa satu perkhabaran mengenai penyanyi Siti Nordiana atau Nana dengan Nubhan yang juga bekas peserta Akademi Fantasia Musim 6 (AF6).
Khabarnya Nana dengan Nubhan telah dilihat bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu sekitar pertengahan Jun, baru-baru ini. Amboi? Ada apa dengan Nana dengan Nubhan ni, sampai cuti pun nun jauh di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

Adakah mereka berdua bercinta? Aww!! Mesti korang ingat 
Si Polan ni suka sangat nak spekulasikan? Tapi, kalau betul pun mereka bercinta, apa salahnya? Sebab, kalau tak silap Si Polan, dua-dua pun sama single. Dan dua-dua pun, orang Nogori. Haa..Memang sesuailahkan...

Apapun, kehadiran diaorang kat sana, bukanlah berdua semata-mata. Sebaliknya, mereka turut ditemani beberapa rakan.

Tapi, sumber abang Diver Murai Batu memberitahu hanya mereka berdua saja yang nampaknya berstatus selebriti. Yang lain-lain tu ala-ala biasa jer. Tapi, tak tahulah pulakkan kalau-kalau ada yang bekerja di belakang tabir industri hiburan.

Yang pasti, diaorang semua nampak happy bercuti kat Pulau Perhentian tu. Nampak gayanya. 
Si Polan kena tanya sendiri dengan Nana dan Nubhan, apa betul diaorang ni tengah bercinta.

PERINGATAN!

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment